INISIATIF INOVASI SOSIAL MALAYSIA 2021

Bagi tahun pertama pelaksanaan Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia 2021, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima peruntukan belanjawan 2021, sebanyak RM10,000,000.00 bagi memperkasa ekosistem inovasi sosial di Malaysia. Yayasan Inovasi Malaysia telah diberikan mandat sebagai pelaksana Inisiatif Inovasi Sosial Malaysia Tahun 2021.

Inovasi Sosial (SI) adalah penggunaan dan pelaksanaan penyelesaian yang inovatif bagi mengatasi masalah dan cabaran dalam mewujudkan kekayaan ekonomi, memperkasa nilai sosial untuk kesejahteraan masyarakat.

Inovasi Sosial akan memberikan manfaat kepada 2 kumpulan iaitu:

a) Pembangun teknologi dan inovasi sosial– Pembangun inovasi dapat meningkatkan pendapatan dan mempromosikan perniagaan yang inklusif dan bertanggungjawab didalam misi menyediakan penyelesaian inovatif kepada masyarakat Malaysia

b) Penerima teknologi dan inovasi sosial- Penjanaan pendapatan, kualiti kehidupan yang lebih baik dan pemeliharaan alam sekitar yang lebih mampan melalui pengaplikasian teknologi dan inovasi


a) Memberikan kesedaran dan galakan kepada seluruh rakyat Malaysia menghasilkan inovasi yang mempunyai manfaat kepada komuniti;dan

b) Menyediakan pelbagai program inovasi sosial khusus yang merangkumi belia, organisasi kerajaan, swasta, akademia, NGO dan inovator.


Bermula Januari 2021- Disember 2021


Boleh rujuk program seperti berikut

Malaysia Social Innovation Accelerator Program (MySIAP)

Malaysia Social Innovation Accelerator Program (MySIAP) merupakan program pembangunan perintis inovator sosial mensasarkan mahasiswa tahun akhir Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang mempunyai penyelesaian inovatif dan memberikan impak kepada komuniti setempat.

Objektif MySIAP adalah seperti berikut:
1. Memupuk nilai dan minda inovasi sosial dalam kalangan mahasiswa dengan memberi tumpuan kepada projek akhir yang berpotensi dan memberi impak kepada komuniti.
2. Memberikan suntikan modal bagi memulakan perniagaan sebagai pemangkin semangat keusahawanan dalam kalangan mahasiswa.
3. Memupuk semangat juang dan hidup berdikari bagi mempersiapkan graduan bagi menghadapi masa hadapan yang mencabar.
4. Mengadakan program berterusan untuk membina budaya inovasi sosial dan kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.

mahasiswa yang menepati kriteria layak menerima:
1. Pembangunan Produk
Membangunkan produk inovasi yang berpotensi untuk dikomersialkan
2. Train of Trainer (ToT)
Menawarkan Coaching dan mentoring secara mingguan bagi memantapkan keusahawanan sosial di kalangan mahasiswa
3. Bimbingan Start-upp
Mahasiswa berpeluang diberikan latihan & bimbingan untuk membina syarikat start-up setelah tamat program MySIAP.

Mahasiswa tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) seluruh Malaysia.

Geran yang ditawarkan sehingga RM40,000.000.

Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) sebagai pentadbir bagi program MySIAP.

Program MySIAP akan bermula April 2021 sehingga Disember 2021.

TENTANG PERMOHONAN MySIAP


Penyertaan haruslah dibuat secara ONLINE dan boleh dimajukan permohonan tersebut melalui laman web rasmi program: www.mysiap.com.my

1. Warganegara Malaysia.

2. Pemohon MESTILAH mahasiswa tahun akhir dari IPTA.

3. Setiap projek yang dihantar hendaklah projek tahun akhir yang telah LENGKAP.

4. Idea Final Year Project (FYP) yang dicadangkan WAJIB mempunyai ‘Proof of Concept (PoC)’.

5. Keutamaan diberikan kepada projek yang sedia untuk dilaksanakan.

6. Pemohon boleh membuat permohonan sendiri, tetapi persetujuan bertulis dari penyelia & universiti DIPERLUKAN.

7. Idea Final Year Project (FYP) mestilah asli dan inovatif DENGAN dan TANPA status Harta Intelek (IP) oleh IPTA masing-masing.

8. Pemohon diberi kebebasan untuk meneroka potensi komersial produk untuk jangka waktu yang dinyatakan tanpa gangguan.

9. Pemohon perlu memainkan PERANAN YANG AKTIF & MEMPUNYAI MINAT YANG TINGGI untuk mendaftar syarikat start-up sendiri jika terpilih.

Pelaksanaan MySIAP akan dipantau oleh pihak Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) dan Innovation and Technology Managers Association (ITMA).

Geran akan disalurkan terus kepada mahasiswa tanpa melalui pihak ketiga.

Peserta akan diberikan pengiktirafan di Majlis Graduasi MySIAP dan dilantik sebagai Duta Inovasi Sosial 2021.